Selasa, 5 Januari 2010

NAMA


Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-kaedah (Tatatertib Pekerja & Pelatih 2009).
Eleven Plus Engineering Sdn Bhd.


TAFSIRAN
Dalam Kaedah-kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:-


“pegawai”
ertinya mana-mana yang menyandang sesuatu jawatan di Syarikat.
“kakitangan”
ertinya mana-mana pekerja Syarikat.

“Wakil Syarikat”
ertinya mana-mana orang atau kumpulan yang diberi kuasa untuk bertindak bagi Syarikat.

“pihak berkuasa tatatertib”
ertinya Pihak Pengurusan @ Kakitangan yang di beri kuasa di kawasan Projek.

“pelajar @ pelatih
termasuklah mana-mana pelajar, pelajar sambilan, pelajar yang menjalankan latihan industri di Syarikat.
“pelajar menetap”
ertinya seseorang pelajar yang menetap di asrama@rumah sewa.
“bilik tatatertib”
ertinya sesuatu bilik yang diperuntukkan bagi maksud menjalankan prosiding tatatertib amnya atau bagi maksud prosiding tatatertib yang tertentu.
“kenderaan”
ertinya suatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan oleh jentera mekanisma yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas jalan, da
termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh sesuatu kenderaan motor sama ada atau tidak bahagian dari kenderaan yang ditarik itu menindih atas kenderaan motor yang menariknya.
“asrama @ rumah sewa”
ertinya apa-apa kemudahan penginapan dengan apa-apa jua nama yang dipanggil yang disediakan oleh kediaman Syarikat bagi Pekerja & Pelatih.
“arahan”
ertinya apa-apa perintah, arahan atau petunjuk yang diberikan oleh seseorang yang diberi kuasa kepada mana-mana orang yang menggunakan jalan atau kenderaan untuk kegunaan Projek dan di kawasan Projek .

“papan tanda isyarat @ amaran ”
termasuk isyarat, tiang isyarat amaran, tiang arahan, isyarat, tanda atau alat yang didirikan atau disediakan pada atau berhampiran dengan kawasan Projek untuk pengetahuan, panduan atau penunjuk orang-orang yang menjalankan kerja-kerja elektrik.

“dadah”
ertinya apa-apa dadah atau bahan yang pada masa ini disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234].
“racun”
ertinya apa-apa bahan yang dinyatakan melalui nama dalam ruang pertama Senarai Racun kepada Akta Racun 1952 [Akta 366] dan termasuklah apa-apa sediaan, larutan, sebatian, campuran atau bahan semulajadi yang mengandungi bahan itu.
“minuman keras”
ertinya apa-apa minuman keras yang mempunyai apa-apa kekuatan alkohol.

“judi”
ertinya bermain apa-apa permainan beradu nasib, atau gabungan beradu nasib dan kemahiran, bagi wang atau nilai wang, dan termasuklah apa-apa pertaganan, apa-apa pertaruhan atau pertaruhan atau apa-apa loteri.

“menipu”
termasuklah meniru.
“peperiksaan”
termasuklah apa-apa cara atau kaedah penilaian yang menyebabkan markah atau gred diberikan bagi sesuatu kursus atau sebahagian daripada kursus tertentu.
“prosiding tatatertib”
ertinya prosiding tatatertib di bawah kaedah-kaedah ini.


PERATURAN AM


LARANGAN-LARANGAN AM
1. Seseorang pekerja @ pelatih tidak boleh:-

a) Menjalankan urusannya sama ada di dalam Projek atau di luar Kawasan projek dalam apa cara yang boleh merosakkan atau memudaratkan:-

            (i) kepentingan, kesejahteraan atau nama baik Syarikat, mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Syarikat; atau

           (ii) ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib.

b) Mencabuli apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada di kawasan Projek atau di luar Projek.
c) Mengganggu pengajaran, pengajian, penyelidikan, kerja pentadbiran, atau apa-apa kegiatan dan kerja-kerja yang dijalankan & dibenarkan oleh Syarikat.

d) Melarang, menghalang atau mengganggu mana-mana pegawai atau pekerja daripada menjalankan kewajipan atau tugasnya.

e) Melarang, menghalang atau mengganggu mana-mana pelatih daripada menghadiri kuliah, tutorial kelas atau daripada mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti yang sah.

f) Menganjur, menghasut atau menyertai pemulauan apa-apa peperiksaan, kuliah, tutorial, kelas, atau kegiatan sah lain yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran Syarikat;

g) Merosak, mengubah, mengganggu, mengalih atau dalam apa-apa cara berurusan dengan apa-apa bahan, objek, artikel atau harta dalam Syarikat.

h) Melakukan apa-apa perbuatan atau menyebabkan apa-apa perbuatan di dalam projek , supaya menyebabkan atau mungkin menyebabkan halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang di dalam Syarikat.

i) Melanggar apa-apa arahan atau kehendak orang yang diberi kuasa berkenaan penggunaan mana-mana peralatan kerja, perkakas atau bahan, dan kemudahan lain dalam kawasan Projek.



2. Menganjurkan Perhimpunan

(a) Tiada pekerja&pelatih, pertubuhan, badan atau kumpulan pekerja&pelatih boleh, tanpa kebenaran terdahulu Pengurusan Syarikat mengadakan, menganjurkan, atau memanggil atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil atau dalam apa-apa cara, terlibat dalam pengadaan, penganjuran, atau pemanggilan, atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil, atau, dalam apa-apa cara terlibat dalam melakukan apa-apa perbuatan untuk mengadakan, menganjurkan atau memanggil, apa-apa perhimpunan yang lebih daripada lima orang dalam mana-mana bahagian projek atau atas mana-mana tanah atau dalam mana-mana bangunan yang dipunyai oleh atau di bawah milikan atau kawalan Syarikat atau yang digunakan bagi maksud Syarikat.

(b) Dalam memberi kebenaran yang tersebut dalam subkaedah (a), Pihak Pengurusan boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkan perlu atau sesuai.

(c) Tiada pekerja&pelatih boleh menghadiri atau menyertai sesuatu perhimpunan yang diadakan yang berlanggaran dengan subkaedah (a) atau (b).


3. Pembesar Suara

(a) Tiada pekerja&pelatih, pertubuhan, badan atau kumpulan pekerja&pelatih boleh memiliki, atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, bagi maksud ucapan awam, apa-apa pembesar suara atau alat-alat serupa lain tanpa kelulusan terdahulu Pihak Pengurusan .

(b) Dalam memberikan kelulusan dalam subkaedah (a), Pihak Pengurusan boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkan perlu atau sesuai.


4. Sepanduk

Tiada pekerja&pelatih, pertubuhan, badan atau kumpulan pekerja&pelatih boleh:-

(i) Membuat atau menyebabkan supaya dibuat atau melakukan apa-apa perbuatan untuk membuat atau menyebabkan supaya dibuat.

(ii) Mengibar, mempamer, menunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan atau menyebabkan supaya dikibar, dipamer, ditunjukkan atau dalam menggunakan ; atau

(iii) Memiliki atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pekerja&pelatih , atau pertubuhan, badan atau kumpulan pekerja&pelatih , apa-apa bendera, sepanduk, plakad, poster, lambang atau alat lain yang keadaan tidak berdisiplin, kekacauan, keingkaran atau pelanggaran kaedah-kaedah ini.


5. Penerbitan, Dokumen dan Sebagainya

(a) Tiada pekerja&pelatih, pertubuhan, badan atau kumpulan pekerja&pelatih , tanpa kebenaran terdahulu Pihak Pengurusan, boleh menerbitkan, membahagi-bahagikan atau mengedarkan apa-apa dokumen di kawasan Projek atau di luar kawasan Projek.

(b) Dalam memberikan kebenaran di bawah subkaedah (1), Pihak Pengurusan boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang difikirkan perlu atau sesuai.

(c) Kebenaran yang dikehendaki di bawah kaedah ini hendaklah sebagai tambahan bagi apa-apa lesen, permit atau apa-apa bentuk lain pemberikuasaan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.


6. Kegiatan Pekerja & Pelatih di Luar kawasan Projek

(a) Tiada pekerja & pelatih, pertubuhan, badan atau kumpulan pekerja & pelatih , boleh menjalankan atau menyertai apa-apa kegiatan di luar kawasan Projek yang mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada Syarikat atau yang memudaratkan kepentingan Syarikat.

(b) Pihak Pengurusan boleh mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan kegiatan yang memudaratkan kepentingan Syarikat.


7. Pelajar Yang Melibatkan Diri Dalam Pekerjaan, Dan Sebagainya

(a) Tiada pekerja & pelatih boleh, di dalam Projek atau di luar Projek, melibatkan diri dalam apa-apa pekerjaan, pengajian, perniagaan, perdagangan atau kegiatan lain, sama ada atas dasar sepenuh masa atau sambilan sebelum mendapat kebenaran pengurusan.


8. Representatif Berhubungan Dengan Pihak Pengurusan

Tiada pekerja & pelatih atau pertubuhan, badan atau kumpulan pekerja & pelatih, boleh, tanpa kelulusan Pihak Pengurusan terlebih dahulu membuat apa-apa representatif atau apa-apa perhubungan lain, sama ada secara lisan atau bertulis atau dalam apa-apa cara lain, kepada mana-mana pegawai awam atau kepada akhbar atau kepada orang ramai dalam perjalanan kuliah, ucapan atau pernyataan awam atau dalam perjalanan apa-apa penyiaran melalui bunyi atau gambar yang berhubungan dengan sesuatu perkara berkaitan dengan Syarikat atau dengan kakitangan atau pekerja & pelatih Syarikat , atau berkaitan dengan dirinya atas sifatnya sebagai seorang pekerja & pelatih Syarikat.


9. Bantahan Pelajar Terhadap Kemasukan Orang-orang Ke Dalam kawasan Projek

Tiada pekerja & pelatih, pertubuhan, badan atau kumpulan pekerja & pelatih, boleh membuat
apa-apa bantahan, sama ada secara lisan atau bertulis atau dalam apa-apa cara lain, terhadap kemasukan ke dalam, atau kehadiran dalam, atau larangan atau pemecatan mana-mana orang, badan atau kumpulan orang dari Syarikat.


10. Judi Di Dalam kawasan Projek

Tiada pekerja & pelatih, pertubuhan, badan atau kumpulan pekerja & pelatih boleh menganjur,
mengurus, menjalankan atau membantu dalam penganjuran, pengurusan atau penjalanan, pertaganan, loteri atau pertaruhan di dalam kawasan Projek .


11. Meminum Minuman Keras

(a) Tiada pekerja & pelatih boleh, di dalam kawasan Projek, meminum atau mempunyai di
dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa jua minuman keras.

(b) Mana-mana pekerja & pelatih yang didapati berada dalam keadaan mabuk atau yang berkelakukan tidak senonoh di bawah pengaruh minuman keras di dalam kampus adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib.


12. Bahan Lucah

(a) Tiada pekerja & pelatih boleh, di dalam kawasan Projek mempunyai, dalam milikannya atau dibawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan lucah.

(b) Tiada pekerja & pelatih, pertubuhan, badan atau kumpulan pekerja & pelatih , yang boleh membahagi-bahagikan, mengedarkan atau mempamerkan, atau menyebabkan supaya dibahagi-bahagikan, diedarkan atau dipamerkan, atau dalam apa-apa cara mengambil bahagian dalam pembahagian, pengedaran atau mempamerkan, apa-apa bahan lucah di dalam kawasan projek.


13. Dadah Atau Racun

(a) Tiada pekerja & pelatih boleh mempunyai dalam milikannya atau dibawah jagaannya atau kawalannya apa-apa dadah atau racun.

(b) Tiada pekerja & pelatih boleh memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan atau bercadang untuk memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan apa-apa racun kepada mana-mana orang.

(c) Tiada pekerja & pelatih boleh makan melalui mulut atau menghisap atau memasukkan ke dalam badanya dengan suntikan atau dalam apaapa jua cara lain, apa-apa dadah atau racun.

(d) Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagai melarang seseorang pekerja & pelatih daripada menjalani apa-apa rawatan oleh atau di bawah preskripsi pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50].

(e) Mana-mana pekerja & pelatih yang didapati dibawah pengaruh mana-mana dadah adalah melakukan kesalahan tatatertib dan Pihak Pengurusan boleh menghendaki seorang pekerja & pelatih yang disyaki menagih dadah menjalani Ujian air kencing.

(f) Jika seseorang pekerja & pelatih enggan menyerah dirinya untuk menjalani ujian yang tersebut dalam subkaedah (e),


14. Kebersihan Di Dalam kawasan Projek

Mana-mana pekerja & pelatih tidak boleh melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan kebersihan dan kekemasan tempat tinggal mana-mana pekerja & pelatih di dalam kawasan projek atau mana-mana asrama, dewan, kuliah, jalan, kawasan atau mana-mana bahagian di pejabat , atau binaan lain di dalam kawasan projek.


15. Membuat Bising

Mana-mana pekerja & pelatih tidak boleh membuat apa-apa bunyi atau bising, atau menyebabkan apa-apa bunyi atau bising dikeluarkan, dalam apa-apa cara, jika bunyi atau bising itu menyebabkan atau mungkin menyebabkan kemarahan atau gangguan kepada mana-mana orang di dalam kawasan projek.


16. Pemeriksaan Ke Atas Pekerja & Pelatih Yang Disyaki Mempunyai Gangguan Mental

Pihak Pengurusan boleh menghendaki mana-mana pekerja & pelatih yang disyaki mempunyai gangguan mental menjalani pemeriksaan perubatan oleh pengamal perubatan yang berkelayakan.


17. Memasuki Bahagian Atau Bangunan Di Kawasan Projek Yang Dilarang

Mana-mana pekerja & pelatih tidak boleh masuk ke dalam mana-mana bahagian SubStation atau mana-mana bahagian, mana-mana bangunan di dalam kawasan , yang kemasukan di dalamnya dilarang kepada mana-mana pekerja & pelatih amnya.


19. Merokok

Kawasan projek adalah merupakan kawasan larangan merokok. Mana-mana pekerja & pelatih Dilarang Merokok di dalam Kawasan Projek.


20. Keingkaran

Jika Mana-mana pekerja & pelatih melanggar apa-apa arahan atau kehendak yang sah yang diberikan atau dibuat oleh mana-mana pegawai atau pekerja syarikat yang diberikan kuasa untuk memberi atau membuat arahan atau kehendak di dalam syarikat @ di dalam kawasan projek, pekerja & pelatih itu adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Selasa, 24 November 2009

AMALKAN BUDAYA KERJA SELAMAT

Pakai Peralatan Perlindungan Diri Sebelum Memulakan Kerja.

Pekerja Dikehendaki Memakai Topi Keselamatan Dan Berkasut, Jika Didapati Ada Pekerja Yang Tidak Mematuhi Peraturan Ini Denda Akan Dikenakan RM 10.00(Potong Bayaran Sub-Kont)

Patuhi Tanda Amaran Dan Tanda Keselamatan Di Tapak Bina.

Periksa Dahulu Jentera/Mesin Sebelum Memulakan Kerja.

Pastikan Alat Pengangkat Sempurna Sebelum Digunakan.

Pastikan Tiada Orang Di Bawah Semasa Membuang Bahan/Sampah.

Amalkan Sistem Pembuangan Sampah Yang Sihat.

Membuka “FORMWORK” Dengan Keadaan Penyeliaan.

Pelantar Perlindungan Di Tepi Pintu Masuk Ke Dalam Bangunan Dalam Pembinaan.

Berhati-Hati Ketika Menggunakan Bahan Kimia.

Pasang Penghadang Kawasan Pembinaan Bagi Menjamin Keselamatan Awam.

Kunci Cangkuk Dan Ikat Dengan Sempurna Sebelum Mengangkat Barang Dengan Menggunakan Kren Atau Backhoe.

Jangan Menumpang Dalam “BUCKET BACKHOE”.

Jangan Bekerja Dalam Lubang Bawah Tanah Tanpa Penyaliaan.

Pastikan Laluan Kerja Tiada Halangan.

Tanggalkan/Bengkokkan Paku Dengan Segera.

Jangan Longgokkan Bahan Binaan Di Tepian Tempat Tinggi.

Dapatkan Kebenaran Sebelum Membuat Kerja Elektrik.

Laporkan Segera Kemalangan Yang Berlaku.

Bersih Dan Simpan Dengan Sempurna Sekitar Tempat Kerja

Jauhi Dari Jentera Bergarak.

Awasi Pergerakan Jentera Pengangkut Dan EXCAVETOR,Berhati-Hati Dengan Kabel Atas.

Pasang Perancah Dengan Sempurna.

Ahad, 5 Julai 2009

ORGANISASI SYARIKAT

DIRECTOR : ROZMI BIN MAT SAUD
MANAGING DIRECTOR : HJ. WAN MAHMOOD BIN CHE HASSAN
PROJECT ENGINEER : WAN NUR HAFIZA BINTI WAN HASSAN
PROJECT ENGINEER : MOHD ZULKHAIRI BIN RAZALI
SENIOR ENGINEER : YUNUS BIN RAZAK
ADMINISTRATION EXECUTIVE : HAYATI BINTI MAT SAUD
ACCOUNT ASSISTANT : MOHD ZAKRI BIN AB RAHMAN
ADMIN. ASSISTANT : SITI HAZAR BT. IBRAHIM
OFFICE ASSISTANT : MOHD RASDIN BIN ABU BAKAR
CHARGEMAN : RAJA IBRAHIM BIN RAJA HUSIN
CHARGEMAN : AB RAHMAN BIN YUSOFF
CHARGEMAN : MOHD AZAHA BIN MD ZAIN@ NOH
CHARGEMAN : AZMAN BIN ABDULLAH
SUBSTATION WORKER : MOHD NAZRI BIN MAT LAZIM
SUBSTATION WORKER : FAIZUL IZUAN BIN FAUZI
SUBSTATION WORKER : WAN MOHD AFIQ BIN WAN MAHMOOD
SUBSTATION WORKER : SHAMZANI BIN BEDOLLAH
WIREMAN : MOHD GHAZALI BIN HUSIN
WIREMAN : MOHAMAD SAMSURIZAL BIN SIDIK
WIREMAN : RUSLIYATILYAUNI BIN MAHYIDDIN
WIREMAN : HASBULLNIZAM BIN HUSAIN
DRIVER : JAILANI BIN AB AZIZ
DRIVER : AHMAD NAZRI BIN HUSIN